Pada 09 Mac 2013 yang lalu, Panitia Pendidikan Islam di bawah program j-QAF, telah melaksanakan program Kem Bestari Solat bagi sesi 2013.
Kem
Bestari Solat merupakan kem solat yang pertama diadakan di Sekolah
Kebangsaan Ulu Ranan. Modul di dalam perlaksanaan Kem Bestari
Solat 1 adalah mengikut modul yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dalam Kem Bestari Solat ini, para peserta telah didedahkan dengan teori
wuduk, amali wuduk dan teori solat serta amali solat.
Kem Bestari Solat 1 ini telah melibatkan seramai 2 orang daripada 6 orang
murid Islam dan telah dikendalikan oleh dua orang fasilitator yang terdiri dari
guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF, serta beberapa orang guru lain sebagai
urusetia.
OBJEKTIF
1) Murid dapat berwuduk dengan betul dan sempurna.
2) Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat fardhu.
3) Murid dapat malaksanakan perbuatan dan bacaan dalam solat dengan sempurna
dan betul.
4) Murid dapat menunaikan solat secara individu dan jemaah.
KUMPULAN SASAR
Semua murid
Islam sesi persekolahan 2013 Sekolah Kebangsaan Ulu Ranan, Kanowit Sarawak.
*Photo Credit: Cikgu Abdul Rahim
*Photo Credit: Cikgu Abdul Rahim