3 Februari 2013 - Program My Beautiful Malaysia Day yang dilancarkan Perdana Menteri menjadi pemangkin kepada meningkatkan ikatan perpaduan dan perpaduan selain menggerakkan gelombang kesukarelaan dikalangan rakyat di negara ini.
Seperti program yang sama di Putrajaya, kira-kira 250 peserta terdiri daripada kalangan guru-guru SK Ulu Ranan, ibubapa dan penduduk sekitar telah mengambil bahagian dalam gotong royong di kawasan tapak bangunan sekolah SK Ulu Ranan baru dan lama, juga kawasan asrama yang menempatkan sebahagian murid SK Ulu Ranan.
Program yang bermula sejak seawal jam tujuh pagi dimulakan dengan sesi taklmat mengenai penugasan sebelum masing-masing digerakkan mengikut kumpulan ke lokasi masing-masing.
Majlis yang turut dihadiri pegawai PPD Daerah Kanowit merancakkan lagi perjalanan program.
Majlis berakhir kira-kirajam 11.30 pagi.
*Photo credit: Bro Jacob
No comments:
Post a Comment